|
PROGRAM
LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN
PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
|
|||
Tajuk
|
SISTEM RANGKAIAN
DAN DUNIA INTERNET
|
|||
Topik
|
6.0 PERKHIDMATAN INTERNET
|
|||
A. Objektif
Pada
akhir sesi ini, peserta dapat:
1.
Mencari
maklumat menggunakan pencarian Boolean
(AND, OR), berfrasa (“ “) atau simbol ( * )
2.
Menyebarkan
maklumat meggunakan mailing list dalam buku alamat emel
3.
Mengetahui
konsep Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
|
||||
B. Kandungan
Pengajaran
6.1 Kaedah pencarian maklumat
6.2 Penggunaan Emel
6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
|
||||
6.1 Kaedah Pencarian Maklumat
6.1.1
Strategi Pencarian Maklumat
Pencarian
maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita mencari
maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu
untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik
kita merancang pencarian terlebih dahulu.
Teknik
mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi
memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian
maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan
efektif.
Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat
1.
Tentukan
maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.
Sejauh
manakah kegiatan kokurikulum di sekolah berperanan dalam membentuk sahsiah
dan jati diri murid?
|
2.
Buangkan
kata penghubung atau kata sendi dalam ayat.
Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan.
|
3.
Gariskan
perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda.
Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang
boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan
perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.
|
4.
kegiatan
kokurikulum AND sahsiah AND jati diri
|
5.
Pencarian
boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:
·
Pangkasan
(truncation) - kegiatan »»» giat
·
Berfrasa - “jati diri”
·
Wild card - *giat* »»» kegiatan,
penggiat, plagiat
·
Operator
Boolean - AND, OR, NOT
·
Kombinasi
pangkasan dan Boolean
·
Nesting - (murid OR pelajar) AND “jati diri”
Ayat topik yang asal telah
ditukarkan menjadi pernyataan carian.
*kegiatan
kokurikulum* AND sahsiah AND “jati diri”
|
“kegiatan
kokurikulum” AND (sahsiah OR sikap) AND (jati diri
NOT nilai)
|
Operator Boolean
Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.
1.
Operator
AND diletakkan di antara kata kunci
yang digunakan dalam pencarian. Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil
pencarian. Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang
hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.
2.
Meletakkan
operator OR di antara kata kunci
akan memperluas hasil carian. Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas
pencarian kepada laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua
perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.
3.
Operator
NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh:
pernyataan carian “jati diri” NOT sikap
akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang mengandungi perkataan jati diri
tetapi tidak mengandungi perkataan sikap.
6.1.2
Strategi Menilai Maklumat Dengan Berkesan
Maklumat
yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya
dan ketepatannya. Terdapat beberapa cara bagaimana kita boleh menilai sama ada
maklumat yang diterima melalui internet boleh dipercayai atau tidak.
Terdapat
beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui
internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah model ASPECT (Authority, Sources, Purpose, Evenness,
Coverage, Timeliness), model ROAR (Reliability,
Objectivity, Accuracy, Relevance) dan model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority, Bias). Bahagian
ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal
menggunakan model ASPECT.
A S P E C
T
|
AUTHORITY »»» Autoriti
|
Autoriti
·
Ketahui
siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang
diterbitkan.
·
Adakah
isu yang dibincangkan merupakan bidang kepakaran pengarang atau pihak yang
bertanggungjawab.
·
Ketahui
reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tertsebut.
A S P E C
T
|
SOURCE »»» Sumber
|
Sumber
·
Adakah
maklumat yang diperoleh itu merupakan fakta?
·
Apakah
sumber rujukan atau dokumentasi yang digunakan?
·
Adakah
maklumat tersebut diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai?
A S P E C
T
|
PURPOSE »»» Tujuan
|
Tujuan
·
Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan?
·
Siapakah sasaran maklumat itu diterbitan?
A S P
E C T
|
EVENNESS »»» Kesamarataan
|
Kesamarataan
·
Adakah
maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi mana-mana pihak?
·
Adakah
maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana pihak?
A S P E
C T
|
COVERAGE »»» Liputan
|
Liputan
·
Apakah
topik yang yang diliputi oleh sumber berkenaan?
·
Sejauh
manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?
A S P E
C T
|
TIMELINESS »»» Kekinian
|
Kekinian
·
Bilakah
sumber maklumat berkenaan diterbitkan?
·
Adakah
laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk kekal
lama?
·
Pastikan
maklumat adalah terkini dan lihat tarikh akhir pengemaskinian dilaksanakan.
Aktiviti
1.
Nyatakan
perbezaan antara operator Boolean AND, OR
dan NOT.
2.
Tukarkan
ayat topik ini kepada penyataan carian.
Platform pembelajaran maya (VLE) berupaya
meningkatkan minat dan motivasi murid dan pembelajaran dan pengajaran (PdP).
3.
Nilaikan kualiti, kesahihan dan
ketepatan sumber maklumat yang anda dapati menggunakan model ASPECT.
6.2
Penggunaan Emel
6.2.1
Bagaimana Mengakses
E-mel Anda Dalam VLE Frog
1.
Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE
sekolah. Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net
2.
Paparan login ini akan
dipaparkan.
Rajah 1.1
3.
Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.
Contoh: XXXXXXX@Yes.My dan katalaluan: xxxxxxxxxx
Contoh: XXXXXXX@Yes.My dan katalaluan: xxxxxxxxxx
4.
Setelah anda login, di Frog Bar klik ikon Quick Launch
Rajah 1.2
Rajah 1.3
5. Quick Launch pada Frog Bar akan
dipaparkan dan klik
ikon Email. E-mel anda akan terbuka dalam tetingkap baru.
6.
E-mel tersebut akan memaparkan
Inbox anda secara automatik.
Ini bermaksud, jika anda sudah pun berada
dalam VLE Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun e-mel anda.
Rajah 1.4
Cara membina Contacts Group
1. Klik ikon menu Mail disebelah Inbox Gmail anda.
Rajah 1.5
2. Klik Contacts
dan seterusnya klik ikon New Contac
Rajah 1.6
3. Taipkan nama
kenalan anda didalam kotak nama untuk menambahkan kenalan kumpulan
emel
4. Klik bahagian atas senarai dan klik ikon kumpulan.
5. Dan akhir sekali anda boleh menambahkan lagi nama kenalan atau keluar dari
menu kumpulan emel.
6. Kumpulan emel anda akan dipaparkan disebelah kiri My Contact.
4. Klik bahagian atas senarai dan klik ikon kumpulan.
5. Dan akhir sekali anda boleh menambahkan lagi nama kenalan atau keluar dari
menu kumpulan emel.
6. Kumpulan emel anda akan dipaparkan disebelah kiri My Contact.
6.2.2 Bagaimana untuk
mengguna Contact Group semasa
menghantar emel
1.
Karang satu e-mel
2.
Selain daripada anda ingin menghantar emel kepada seorang individu, anda
juga boleh memasukkan Group Emel pada
kotak teks TO.
3.
Gmail akan
dihasilkan secara automatik alamat emel di kelompok itu.
Menambah Lampiran fail dalam emel
Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:
Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:
1.
Dalam Gmail, klik butang Compose.
2.
Klik ikon klip
kertas seperti dibawah
Rajah 1.7
3.
Cari fail yang
anda ingin lampirkan dalam emel di komputer anda.
4.
Klik buka (Open)
5.
Seterusnya fail
yang telah dipilih boleh dihantar dengan menekan butang send.
Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar dan anda akan
kembali ke tetingkap VLE Frog .
Rajah 1.8
6.3 Pengkomputeran
Awan (Cloud Computing)
6.3.1 Teknologi
Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
Pengenalan
·
Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran
awan?
·
Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda
di awan seperti gambarajah di bawah?
·
Bagaimanakan pengkomputeran awan membantu anda menjalankan tugas
sebagai pembantu makmal?
Definasi pengkomputeran
awan atau cloud computing ialah pembangunan dan
penggunaan teknologi komputer berasaskan internet. Pengkomputeran awan
ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan
bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam
komputer atau peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan
sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna
tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja,
sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain
asalkan terdapat capaian internet.
Pengkomputeran awan adalah
proses anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data
peribadi sama ada dokumen, gambar, lagu, rakaman suara mahupun video. Proses
pengkomputeran awan berlaku apabila anda memuatnaik data-data milik
anda kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat
lain, komputer riba, komputer tablet
atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.
Contoh terbaik untuk
memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di
mana di dalam laman web ini beratus ribu pengguna 4shared memuat
naik (upload) lagu kesukaan mereka
untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan
jumpa. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared,
melihat lagu yang dimuat naik, menyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan
memberikan kepada rakan-rakan lain.
Aplikasi pengkomputeran awan juga
boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna yang
ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai ruang
untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu
tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga
menggunakan pengkomputeran awan sebagai tempat simpanan sandaran data penting,
menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.
Perbezaan pengkomputeran
awan dan hosting tradisional ialah:
Pengkomputeran Awan
|
Perbandingan
|
Tradisional Hosting
|
Kos jualan mengikut
permintaan. Biasanya mengikut minit dan jam.
|
1. Kos
|
Melibatkan kos yang lebih tinggi kerana perlu
menyediakan perkakasan, perisian dan penyelenggaraan.
|
Pengguna boleh membeli
perkhidmatan pada bila-bila masa.
|
2. Kebolehcapaian
|
Waktu tertentu sahaja. Contohnya waktu pejabat.
|
Perkhidmatan ini diuruskan
sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan
komputer/tablet/smart phone sahaja.
|
3. Pengurusan sistem
|
Perlu melibatkan banyak pihak dan memerlukan masa yang
lebih lama.
|
Rajah 1.3 Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan
Hosting tradisional
Contoh Aplikasi Pengkomputeran Awan
1)
Pixlr
Rajah 1.4
Kelebihan : Pengguna
dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana
aplikasi
suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki
sebuah
komputer spesifikasi tinggi.
Google Apps
Rajah 1.5
Alamat : http://www.google.com
Kegunaan : Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan
Alamat : http://www.google.com
Kegunaan : Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan
kata, hamparan
kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Untuk
menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google
(Gmail).
Kelebihan :
i.
Pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui
Internet tanpa install perisian dalam komputer.
ii.
Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.
2) Windows Live-Skydrive
(Aplikasi ini untuk pengguna Hotmail)
Kegunaan dan
kelebihan :
i.
Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian.
ii.
Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di
internet iaitu Sky Drive.
iii.
Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui
kaedah sharing.
3) Storan-Dropbox
Alamat : http://www.dropbox.com
Kegunaan : Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi
Kegunaan : Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi
pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang
storan yang disediakan
adalah 2 GB.
Kelebihan :
i.
Ruang storan yang besar iaitu 2GB.
ii.
Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.
Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di awan.
Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di awan.
iii.
Boleh kongsi fail dengan pengguna lain.
iv.
Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry,
iPhone, Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila
masa dan di mana-mana.
6.3.2 Kelebihan Pengkomputeran Awan
i.
Format dokumen
yang sesuai (Compatible File Format)
·
Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan
persembahan (presentation) juga boleh
diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs.
ii.
Meningkatkan
prestasi dan kemampuan komputer
·
Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila
penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.
iii.
Kebolehcapaian
fail yang meluas.
·
Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa,
lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian
Internet.
iv.
Kebolehpercayaan
data penyimpanan
· Data penyimpanan disimpan
di ruang 'awan'.
·
Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data
penting. Satu di komputer dan satu lagi di awan.
· Website menggunakan secured connection https.
v.
Ruang storan
yang tiada had
·
Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat
di ruang storan yang tiada had.
vi.
Mengurangkan
kos
·
Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi
perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna
lain.
·
Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih
pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.
·
Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau
penyelenggaraan perisian.
·
Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian
kontrak.
·
Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga.
·
Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos
penyelenggaraan perisian dan perkakasan.
vii.
Kolaborasi
berkumpulan yang lebih mudah
·
Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan
pengguna.
·
Kemampuan sharing PC to
PC audio dan video.
viii.
Sistem
pengurusan dan operasi yang lebih mudah
·
Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan
diatur dengan lebih mudah.
6.3.3
Kelemahan Pengkomputeran Awan
i.
Keperluan
internet
·
Untuk
menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga
memerlukan capaian internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet
atau kurang stabil.
·
Sekiranya sistem
talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut terganggu.
Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat.
ii.
Keselamatan
·
Masih tidak
dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.
·
Walaupun
mempunyai kata laluan, ia boleh dipecah masuk oleh pengodam yang
berkemahiran.
iii.
Ketidakpastian
keadaan pelayan (server).
·
Oleh kerana
pelayan di awan, masih terdapat ketidakpastian keadaan pelayan pengkomputeran
awan.
·
Antara
kemungkinan yang boleh terjadi ialah server
down atau terlebih beban (overload).
No comments:
Post a Comment