Thursday 25 June 2015

Thursday 16 October 2014

PESERTA KURSUS KHAS TMK TAHUN 5 SKOT 1 TENDONG


TMK THN 5 (SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET)



PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  Topik
6.0 PERKHIDMATAN INTERNET

A.  Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1.    Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa (“ “) atau simbol ( * )
2.    Menyebarkan maklumat meggunakan mailing list dalam buku alamat emel
3.    Mengetahui konsep Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

B.  Kandungan Pengajaran
6.1 Kaedah pencarian maklumat
6.2 Penggunaan Emel
6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)








6.1   Kaedah Pencarian Maklumat

6.1.1    Strategi Pencarian Maklumat
Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita merancang pencarian terlebih dahulu.

Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.

Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat
1.    Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid?
 







2.    Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat.  Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan.
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid?
 







3.    Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid?
 











4.   
kegiatan kokurikulum AND sahsiah AND jati diri
Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah dikenalpasti.



5.    Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:
·         Pangkasan (truncation)    -     kegiatan  »»»  giat
·         Berfrasa                            -     jati diri
·         Wild card                           -     *giat* »»»  kegiatan, penggiat, plagiat
·         Operator Boolean             -     AND, OR, NOT
·         Kombinasi pangkasan dan Boolean
·         Nesting                              -     (murid OR pelajar) AND “jati diri

Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.

*kegiatan kokurikulum* AND sahsiah AND jati diri
kegiatan kokurikulum AND (sahsiah OR sikap) AND (jati diri NOT nilai)
 










Operator Boolean
Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.

1.    Operator AND diletakkan di antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian. Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.  

2.    Meletakkan operator OR di antara kata kunci akan memperluas hasil carian. Sebagai contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas pencarian kepada laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

3.    Operator NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh: pernyataan carian “jati diri” NOT sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang mengandungi perkataan jati diri tetapi tidak mengandungi perkataan sikap.

6.1.2     Strategi Menilai Maklumat Dengan Berkesan
Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya dan ketepatannya. Terdapat beberapa cara bagaimana kita boleh menilai sama ada maklumat yang diterima melalui internet boleh dipercayai atau tidak.

Terdapat beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah model ASPECT (Authority, Sources, Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness), model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy, Relevance) dan model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority, Bias). Bahagian ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal menggunakan model ASPECT.

  A   S   P   E   C   T
  AUTHORITY  »»»  Autoriti

Autoriti
·         Ketahui siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang diterbitkan.
·         Adakah isu yang dibincangkan merupakan bidang kepakaran pengarang atau pihak yang bertanggungjawab.
·         Ketahui reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tertsebut.

  A   S   P   E   C   T
  SOURCE  »»»  Sumber

Sumber
·         Adakah maklumat yang diperoleh itu merupakan fakta?
·         Apakah sumber rujukan atau dokumentasi yang digunakan?
·         Adakah maklumat tersebut diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai?

  A   S   P   E   C   T
  PURPOSE  »»»  Tujuan


Tujuan
·         Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan?
·         Siapakah sasaran maklumat itu diterbitan?




  A   S   P   E   C   T
 EVENNESS  »»»  Kesamarataan

Kesamarataan
·         Adakah maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi mana-mana pihak?
·         Adakah maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana pihak?


  A   S   P   E   C   T
  COVERAGE  »»»  Liputan

Liputan
·         Apakah topik yang yang diliputi oleh sumber berkenaan?
·         Sejauh manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?


  A   S   P   E   C   T
  TIMELINESS  »»»  Kekinian

Kekinian
·         Bilakah sumber maklumat berkenaan diterbitkan?
·         Adakah laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk kekal lama?
·         Pastikan maklumat adalah terkini dan lihat tarikh akhir pengemaskinian dilaksanakan.


Aktiviti

1.    Nyatakan perbezaan antara operator Boolean AND, OR dan NOT.

2.    Tukarkan ayat topik ini kepada penyataan carian.
Platform pembelajaran maya (VLE) berupaya meningkatkan minat dan motivasi murid dan pembelajaran dan pengajaran (PdP).

3.    Nilaikan kualiti, kesahihan dan ketepatan sumber maklumat yang anda dapati menggunakan model ASPECT.










6.2               Penggunaan Emel
6.2.1 Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog

1.    Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE sekolah. Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net
2.    Paparan login ini akan dipaparkan.


Rajah 1.1

3.    Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.
Contoh:
XXXXXXX@Yes.My dan katalaluan: xxxxxxxxxx

4.    Setelah anda login, di Frog Bar klik ikon Quick Launch


      Rajah 1.2














       
               
Rajah 1.3

5.    Quick Launch pada Frog Bar akan dipaparkan dan klik ikon Email. E-mel anda akan terbuka dalam tetingkap baru.
6.    E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud, jika anda sudah pun berada dalam VLE Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun e-mel anda.

Rajah 1.4










Cara membina Contacts Group

1. Klik ikon menu Mail disebelah Inbox Gmail anda.
  Rajah 1.5

2. Klik Contacts dan seterusnya klik ikon New Contac
  Rajah 1.6

3. Taipkan nama kenalan anda didalam kotak nama untuk menambahkan kenalan kumpulan 
    emel
4. Klik bahagian atas senarai dan klik ikon kumpulan.
5. Dan akhir sekali anda boleh menambahkan lagi nama kenalan atau keluar dari
    menu kumpulan emel.
6. Kumpulan emel anda akan dipaparkan disebelah kiri My Contact.

 6.2.2 Bagaimana untuk mengguna Contact Group semasa menghantar emel
1.      Karang satu e-mel
2.      Selain daripada anda ingin menghantar emel kepada seorang individu, anda juga boleh memasukkan Group Emel pada kotak teks TO.
3.      Gmail akan dihasilkan secara automatik alamat emel di kelompok itu.
Menambah Lampiran fail dalam emel
Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:
1.      Dalam Gmail, klik butang Compose.
2.      Klik ikon klip kertas  seperti dibawah

Rajah 1.7
3.      Cari fail yang anda ingin lampirkan dalam emel di komputer anda.
4.      Klik buka (Open)
5.      Seterusnya fail yang telah dipilih boleh dihantar dengan menekan butang send.

Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar dan anda akan kembali ke tetingkap VLE Frog .


Rajah 1.8










6.3       Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
6.3.1   Teknologi Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
Pengenalan

·         Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?
·         Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan seperti gambarajah di bawah?
·         Bagaimanakan pengkomputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai pembantu makmal?

Rajah 1.1 Gambaran Pengkomputeran Awan

Definasi pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet. Pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.

Pengkomputeran awan adalah proses anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, lagu, rakaman suara mahupun video. Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda memuatnaik data-data milik anda kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat lain, komputer riba, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.

Contoh terbaik untuk memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di mana di dalam laman web ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan jumpa. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu yang dimuat naik, menyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan memberikan kepada rakan-rakan lain.

Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai tempat simpanan sandaran data penting, menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.


 Rajah 1.2 Aplikasi Pengkomputeran Awan















Perbezaan pengkomputeran awan dan hosting tradisional ialah:

Pengkomputeran Awan
Perbandingan
Tradisional Hosting
Kos jualan mengikut permintaan. Biasanya mengikut minit dan jam.
1.    Kos
Melibatkan kos yang lebih tinggi kerana perlu menyediakan perkakasan, perisian dan penyelenggaraan.
Pengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila-bila masa.
2.    Kebolehcapaian
Waktu tertentu sahaja. Contohnya waktu pejabat.
Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smart phone sahaja.
3.    Pengurusan sistem
Perlu melibatkan banyak pihak dan memerlukan masa yang lebih lama.

Rajah 1.3 Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan
Hosting tradisional













Contoh Aplikasi Pengkomputeran Awan
1)    Pixlr

Rajah 1.4

Alamat           www.pixlr.com
Kegunaan      :  Aplikasi suntingan imej
Kelebihan      :  Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana
   aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki
   sebuah komputer spesifikasi tinggi. 

Google Apps

                                                     Rajah 1.5
Alamat           http://www.google.com
Kegunaan      :  Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan
kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail).
Kelebihan    : 
                                      i.        Pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet tanpa install perisian dalam komputer.
                                     ii.        Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.
2)    Windows Live-Skydrive

Rajah 1.6

Alamat
                                  : http://www.skydrive.com.
             (Aplikasi ini untuk pengguna Hotmail)
Kegunaan dan kelebihan           : 
                                      i.        Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian.
                                     ii.        Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu Sky Drive.
                                    iii.        Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing.

3)    Storan-Dropbox

Rajah 1.7
Alamat           :  http://www.dropbox.com
Kegunaan      : Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi
  pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan
  adalah 2 GB. 
Kelebihan    :
                                      i.        Ruang storan yang besar iaitu 2GB.
                                     ii.        Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.
Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di awan.
                                    iii.        Boleh kongsi fail dengan pengguna lain.
                                   iv.        Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana.
 6.3.2 Kelebihan Pengkomputeran Awan

      i.        Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)
·      Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs. 

    ii.        Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer
·      Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.

   iii.        Kebolehcapaian fail yang meluas.
·      Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet.   

   iv.        Kebolehpercayaan data penyimpanan
·       Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'. 
·       Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting.  Satu di komputer dan satu lagi di awan. 
·       Website menggunakan secured connection https

    v.        Ruang storan yang tiada had
·      Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang tiada had.

   vi.        Mengurangkan kos
·      Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain. 
·      Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.
·      Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan perisian. 
·      Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.  
·      Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga. 
·      Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan. 

  vii.        Kolaborasi berkumpulan yang lebih mudah
·      Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna. 
·      Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

viii.        Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah
·      Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah.

6.3.3 Kelemahan Pengkomputeran Awan
      i.        Keperluan internet
·      Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga memerlukan capaian internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabil.
·      Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut terganggu. Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat. 

    ii.        Keselamatan
·      Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.
·      Walaupun mempunyai kata laluan, ia boleh dipecah masuk oleh pengodam yang berkemahiran. 

   iii.        Ketidakpastian keadaan pelayan (server).  
·      Oleh kerana pelayan di awan, masih terdapat ketidakpastian keadaan pelayan pengkomputeran awan. 
·      Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban (overload).